GST - CPD Program 2016

Written by Super User on .

seminar 2015

'GST - APPLICATION OF GST IN INTERIM PAYMENT'

Firma Perunding Ukur Bahan
Juruukur Bahan Berdaftar/Juruukur Bahan Berdaftar Siswazah

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

Objektif Program :
1. Memberi kefahaman mengenai pelaksanaan kenaan GST dalam perolehan kerja pentadbiran kontrak
2. Memberi kefahaman mengenai kaedah membuat pembayaran kepada kontraktor yang mengambil kira kenaan GST termasuk bayaran pendahuluan, bayaran interim, perakuan akaun dan bayaran muktamad selaras dengan SAKPKR Bil 19/2015.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas :

2. Adalah dimaklumkan bahawa LJBM dengan kerjasama Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR akan menganjurkan satu hari program CPD mengenai 'Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST) yang telah berkuatkuasa pada April 2015. Ini merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara supaya lebih telus, cekap dan mesra peniaga'

Tarikh dan tempat seperti dibawah :

Tarikh 02.06.2016 (Khamis)
Masa 8:30 Pagi - 5:30 Petang
Tempat

WP Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur

Yuran Pendaftaran

RM350.00 (RM330.19 + GST RM19.81) : AHLI RM450.00 (RM424.53 + GST RM25.47) : NON-AHLI

Mata Kredit CPD
4 Kredit
Penceramah En. Shamsul Ariff B. Abdul Ghani                                (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Inovasi dan Amalan Terbaik, CKUB, JKR)

3. Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan dan cadangan program bagi seminar GST di atas untuk dimuatnaik.

4. Jika Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan berminat, sila penuhi borang penyertaan yang disertakan dan kembalikan semula melalui faks no. 03 - 26925680 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. selewat-lewatnya satu minggu (waktu bekerja) sebelum program CPD ini diadakan.

Sila hubungi Urusetia LJBM untuk keterangan lebih lanjut mengenai program ini.

Sekian, Terima Kasih.

Muat Turun Borang Penyertaan :